Cari @ Amanz

Kindle adalah sebuah tablet dengan paparan berwarna hitam dan putih. Ia merupakan sebuah buku elektronik, yang fokusnya adalah untuk tujuan membaca dan juga mendengar audio. Terkini, Amazon telah hadir dengan Kindle baru dengan tawaran harga yang lebih murah.

Tiada nama tambahan pada peranti baru ini, seperti Kindle Oasis yang dilancarkan pada dua tahun lepas. Kindle ini adalah Kindle (2019) dengan rekaan yang hampir sama dengan Kindle klasik yang dilancarkan pada tahun 2016. Dari spesifikasi juga tiada banyak bezanya. Cuma versi baru ini hadir dengan paparan dengan cahaya yang boleh dilaras.

Paparan Skrin Amazon 6.0-inci dengan cahaya terbina, 167ppi, teknologi font yang dioptimasi, 16-tahap warna kelabu.
Saiz 160 x 113 x 8.7 mm
Berat 174 g
Storan Dalaman 4 GB yang mencukupi untuk menyimpan beribu e-buku.
Storan Awan Percuma untuk semua kandungan dari Amazon.
Bateri Satu cas mampu bertahan selama 4 minggu dengan cara penggunaan – 30 minit membaca sehari tanpa sambungan WiFi dan tahap cahaya 13. Pendengaran audio seperti podcast akan mengurangkan jangka hayat bateri.
Masa Pengecasan 4 Jam melalui pengecas 5W.

Kindle baharu ini ditawarkan pada harga $89.99 dengan sokongan iklan atau $109.99 untuk Kindle tanpa iklan. Ia berharga sekitar sekitar RM365RM446. Dari segi harga penukaran mata wang secara terus, ia agak berbaloi – kerana tablet ini adalah satu buku elektronik yang baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd