Carian
Mi Band 4 Menerima Pengiktirafan Bluetooth 5.0
March 21, 2019 Fahim Zahar

Baru beberapa hari yang lepas, Xiaomi memaklumkan yang Mi Band 4 mungkin tidak akan dijual kerana jualan Mi Band 3 yang stabil. Tetapi, mereka turut menyatakan yang jika mereka ingin hadir dengan Mi Band 4, ia adalah sekitar bulan ini atau April.

Terkini, Xiaomi dilihat mungkin akan teruskan sahaja menjual Mi Band 4 – walaupun penjualan Mi Band 3 yang baik. Ini kerana, Mi Band 4 telah mendapat pengiktirafan Bluetooth 5.0. Terdapat dua versi yang menerima pengiktirafan ini, versi biasa dan juga versi NFC.

Buat masa ini, Mi Band 4 hanya disahkan mempunyai Bluetooth 5.0 dan spesifikasi lain masih kekal misteri. Apa yang membuatkan Xiaomi mengubah fikiran dan apakah perkara baru dalam Mi Band 4 ini? Sama-sama kita nantikan.

Komen