Bersempena sambutan ulang tahun ke tujuh Lazada tahun ini, mereka akan mengadakan konsert muzik Super Party yang akan bersiaran langsung menerusi aplikasi Lazada. Siaran ini akan dilakukan pada semua enam buah negara serantau pada 26 Mac ini. Buat pertama kali pesembahan antarabangsa Lazada ini akan bersiaran lansung dan ia dikatakan tidak pernah dilaksanakan dalam skala yang seumpamanya.
Melalui sambutan ini secara tidak langsung ia dapat mencipta kembali pengalaman e-Dagang dengan memberikan ganjaran kepada pengguna menerusi pengalaman hiburan yang dapat dikongsikan bersama. Malah ia turut meraikan rakan kongsi jenama dan peniaga Lazada yang menjadi tulang belakang platform selama ini.
Menerusi pendekatan Live Work Play, Lazada terus mencipta pengalaman yang segar, menyeronokkan dan sangat istimewa bagi para pembeli Lazada. Seterusnya, ia turut mencipta peluang kepada para pembekal industri e-Dagang seperti jenama-jenama, penjual, individu berpengaruh dan penyedia logistik untuk mengembangkan lagi ekosistem e-Dagang mereka menjadi lebih mampan.
Antara penghibur yang bakal terlibat adalah Dua Lipa, penyanyi tempatan – Hael Husaini dan Ismail Izzani serta ramai lagi. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan siaran langsung konsert pertama di Asia Tenggara ini pada aplikasi Lazada poda 26 Mac ini.