Cari @ Amanz

Super eBusinesses – Strategi Lazada Dalam Pertingkatkan Pasaran E-Dagang Asia Tenggara

Oleh Liyana

Link Copied!

Hari ini Lazada, selaku peneraju e-dagang Asia Tenggara telah mengumumkan siri ciri produk dan perkhidmatan mereka pada platform Super eBusinesses bersempena kempen LazMall BFF di Singapura. Platform ini bertujuan membincangkan peluang pertumbuhan dan kemajuan teknologi yang membentuk masa depan landskap e-dagang Asia Tenggara.

Perbincangan ini diperlihatkan bagi memperbaiki permasalahan utama Lazada dalam penjenamaan, pemasaran dan penjualan. Ia diperkenalkan bagi memastikan kedudukan pengguna dan jenama kekal meningkat pada operasi perniagaan di Asia Tenggara.

Pierre Poignant – Ketua Pegawai Eksekutif Lazada turut menyifatkan platform ini mempunyai keunikkannya tersendiri di mana ia menghimpunkan kesemua jenama yang ada, tanpa mengira status perniagaan. Secara tidak langsung ia dapat meningkat lagi proses pendigitalan perniagaan industri dengan lebih baik.

Menyokong infrastruktur teknologi dan logistik Alibaba, Lazada telah dapat melancarkan lebih banyak inovasi teknologi terkemuka tahun lalu seperti fungsi carian imej, permainan penglibatan pengguna dan siaran langsung dalam aplikasi untuk menjadi satu-satunya platform shake entertaiment di mana orang boleh menonton, membeli-belah dan bermain.

Seterusnya, penyelesaian Super eBusinesses juga akan memudahkan jenama dan penjual untuk membuka kedai mereka di LazMall. Ianya sejajar dengan matlamat Lazada untuk membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi kompetitif pada peringkat global.

Penyataan ini turut disokong dengan perolehan data menujukkan hampir 60% daripada PKS berminat untuk melabur dalam teknologi untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dalam ekonomi digital. Alat berorientasikan perniagaan termasuk penyelesaian perdagangan dalam talian, pengurusan hubungan pelanggan (CRM) dan risikan perniagaan, telah dikenal pasti sebagai faktor utama pelaburan.

Pada majlis yang sama, Lazada turut menyampaikan anugerah kepada lima jenama yang cemerlang. Pengiktirafan ini merangkumi jenama global dan Asia Tenggara, pemenangnya terdiri daripada Unilever (Inovasi Pemasaran Terbaik), Pampers (Pengaktifan Media Sosial Terbaik), Coocaa (Jenama Meningkat Pantas), Philips (Plihan Utama Pengguna) dan Wardah (Pelancaran Produk Terbaik)


Komen ()