Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini harga jualan untuk telefon pintar Honor 8X. Telefon yang dijual pada harga RM949 sebelum ini, dan kini ia membawakan tanda harga baru dengan pengurangan sebanyak RM100, iaitu RM849.

Honor 8X merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang hadir dengan skrin 6.5-inci pada paparan FHD+, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 20-megapixel + 2-megapixel, selain kamera hadapan 16-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini pada harga RM849 melalui pengedar rasmi Honor hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd