Yoodo telah mengalami sedikit gangguan pada awal minggu ini, dimana sejumlah pengguna terputus perkhidmatan talian, selain ada yang kehilangan kuota dan sebagainya. Walaubagaimanapun, masalah teknikal berkenaan telah pun kini diatasi – dan sebagai permohonan maaf, pihak Yoodo hari ini mengumumkan penawaran data percuma kepada pelanggan mereka.
Yoodo mengatakan sebagai tanda permohonan maaf untuk gangguan perkhidmatan, mereka akan menawarkan 3GB data percuma kepada semua pelanggan. Semua pelanggan akan melihatnya dikreditkan terus ke akaun mereka secara automatik.
Pengguna akan melihat 3GB ini hadir ke akaun mereka pada permulaan tarikh pembilan mereka yang seterusnya.