Cari @ Amanz

Windows 10 Insider Preview Terkini Menambah Sokongan Bahasa Melayu Untuk Swiftkey

Link Copied!

Pada Jun tahun lepas, Microsoft telah membawa aplikasi papan kekunci terkenal Swiftkey kepada Windows 10 versi desktop. Ini adalah langkah baru selepas Microsoft mengambil alih Swiftkey pada tahun 2016.

Integrasi Swiftkey pada Windows 10 bukanlah seperti memasang aplikasi papan kekunci pada peranti Android. Tetapi, ia terus terbina dalam sistem Windows 10. Ini bermakna, ciri-ciri pintar Swiftkey kini terdapat dalam Windows 10. Kemaskini Windows 10 20H1 Insider Preview binaan 18860 membawakan sokongan 39 bahasa baru untuk Swiftkey. Salah satu bahasa tersebut adalah Bahasa Melayu.

Tetapi, bagaimana untuk pengguna menggunakannya? Disebabkan ia terbina secara terus dalam sistem, Microsoft hanya menggunakan ciri pintar Swiftkey untuk cadangan dan pembetulan ketika menaip sahaja. Ciri lain seperti, glide type hanya disokong melalui skrin sesentuh sahaja.

Terdapat 10 log perubahan lain yang berubah dalam kemaskini ini. Kebanyakannya hanyalah membaiki pepijat-pepijat bermasalah.


Komen ()