Cari @ Amanz

Xiaomi kini dilihat telah menyenaraikan Redmi Go dibawah penawaran kedai rasmi mereka di Lazada, dan memperlihatkan ia bakal dijual untuk pasaran tempatan bermula minggu hadapan pada harga RM299.

Redmi Go merupakan telefon pintar berasaskan sistem operasi Android Go – dimana ia menawarkan spesifikasi asas bersama-sama dengannya.

Redmi Go

Ia hadir menggunakan skrin 5-inci, cip Snapdragon 425, memori 1GB RAM, dan storan 16GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 8-mgapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel. Menjananya adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Dengan penawaran ini, Xiaomi turut meliputi pasaran peranti dengan spesifikasi asas, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan telefon pintar keluaran jenama mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh menandakan kalendar anda, dan mendapatkan peranti ini melalui Lazada bermula 27 Mac ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd