Cari @ Amanz

Google Chrome Menerima Kawalan Gesture Seakan Chrome OS

Link Copied!

Chrome OS dan Google Chrome hampir tiada beza. Chrome OS adalah sistem operasi dengan antaramuka seakan Google Chrome, manakala Google Chrome pula adalah aplikasi pelayar web.

Google Chrome Canary dan Dev, kini menerima kawalan gesture seakan Chrome OS. Kawalan gesture ini bukanlah untuk menavigasi seperti mengawal Android, tetapi untuk mengakses sejarah laman web yang dilayari. Kawalan gesture ini adalah melalui tatalan ke kiri atau ke kanan.

Tatal ke kiri, anda akan pergi ke laman web B sebelum anda buka laman web A. Apabila anda tatal ke kanan, ia akan membuka semula laman web A. Rujuk Gif di bawah ini untuk contoh;

Untuk menggunakan kawalan gesture ini, anda perlu mengaktifkan sesuatu melalui chrome://flags. Berikut adalah pautan yang perlu anda pergi untuk aktifkannya.

chrome://flags/#overscroll-history-nagivation

Sebaik sahaja anda tekan ‘enable’, lancarkan semula aplikasi untuk mula menggunakannya.


Komen ()