Perisian Anti Virus Microsoft Defender Dilancarkan Untuk macOS
Artikel Berkaitan

Perisian Anti Virus Microsoft Defender Dilancarkan Untuk macOS

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Perisian anti virus Windows Defender diberikan secara percuma pada sistem operasi Windows 10. Dengan wujudnya perisian ini, pengguna tidak perlu bergantung pada perisian pihak ketiga yang kerap kali hanya melambatkan komputer. Bagi pengguna macOS, Microsoft Defender Advanced Threat Protection telah diumumkan semalam bagi memastikan komputer mereka tidak diancam oleh virus.

Microsoft Defender Advanced Threat Protection ini ialah perisian yang mensasarkan pengguna industri yang menggunakan kedua-dua komputer Windows dan Mac di pejabat. Dengan satu sahaja lesen perisian Microsoft Defender ATP, kesemua komputer di pejabat tanpa mengira sistem operasi dapat menentang serangan virus. Menurut Microsoft ini adalah jalan penyelesaian mudah seperti penggunaan Office 365 untuk keperluan pejabat tanpa mengira sistem operasi atau peranti yang digunakan. Buat masa ini sistem operasi yang disokong ialah macoS Mojave, High Sierra, dan Sierra.


TIPS & ULASAN