Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti mudah-alih yang menyertakan pengimbas cap jari pada skrin. Walaubagaimanapun, kebanyakkannya menggunakan penawaran berasaskan sensor optikal sahaja yang mana mungkin tidak begitu sesuai untuk penggunaan pelbagai keadaan.

Galaxy S10 Ultrasonik

Samsung melalui Galaxy S10 dan Galaxy S10+ turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Namun, berbeza dengan pelbagai pengeluar lain, Samsung menjadi yang terawal memperkenalkan sensor berasaskan ultrasonik.

Penggunaan sensor ini menawarkan sokongan sekuriti yang lebih baik dan berkuasa berbanding penggunaan sensor lain. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna untuk nyah-kunci peranti walaupun ketika tangan mereka basah dan sebagainya – berbeza dengan peranti lain di pasaran.

Disamping itu, Samsung Galaxy S10 turut menyertakan sokongan Samsung Pass yang membolehkan pengguna untuk menggunakan pengesahan biometrik dengan pantas di sejumlah besar aplikasi yang menggunakannya, selain untuk digunakan bersama ketika log masuk semasa melayari web.

Samsung Pass

Dan bercakap mengenai sekuriti, semestinya ramai yang sedia mengetahui berkenaan Samsung Knox, iaitu salah satu platform sekuriti yang dibangunkan dengan fokus terhadap perusahaan dan memastikan pelbagai data anda terlindung dan tidak diceroboh pihak ketiga.

Samsung Knox

Dengan era internet dan teknologi masa kini, sekuriti sangat memainkan peranan penting. Bagi anda yang inginkan peranti yang dilindungi sokongan sekuriti yang sangat baik dipasaran, mungkin boleh mendapatkan Galaxy S10.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S10 ditawarkan pada harga RM3299, sementara Galaxy S10+ pula ditawarkan pada harga bermula RM3699.

Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd