Cari @ Amanz

Fitbit Versa Lite, Inspire HR Dan Inspire Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM348

Oleh Lina Rosli

Link Copied!

Baru-baru ini, Fitbit secara rasminya telah melancarkan tiga produk keluaran terbaru mereka, iaitu Fitbit Versa Lite, Fitbit Inspire HR, Fitbit Inspire serta Fitbit Ace 2 yang juga bakal dilancarkan tidak lama lagi. Peranti keluaran Fitbit ini direka bagi membantu pengguna di Malaysia mengakses data mengenai tahap kesihatan dan kecergasan mereka secara peribadi, selain turut membantu dalam menguruskan perjalanan kecergasan pengguna.

Dengan penambahan peranti Fitbit Ace 2 ke dalam keluarga Fitbit ini, ia membolehkan pengguna memilih peranti mengikut kesesuaian fungsi dan gaya penggunaan seseorang bagi mengetahui tahap kecergasan. Ace 2 direka khas untuk kanak-kanak yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Ia mempunyai reka bentuk kalis air yang mampu melindungi skrin ketika kanak-kanak beraktiviti sepanjang hari. Untuk Fitbit Ace 2, ia akan mula dijual pada akhir tahun 2019 ini.

Fitbit Versa Lite pula merupakan sebuah jam tangan pintar yang menyokong fungsi pintar seperti menyokong ciri mengenal-pasti senaman secara automatik, dan mempunyai lebih dari 15 pilihan mod senaman berbeza. Ia turut menyertakan sensor SpO2 yang mampu menganggarkan perubahan tahap oksigen dalam darah. Peranti ini hadir dengan fungsi pintar seperti integrasi cip GPS dan kapasiti bateri yang mampu bertahan sehingga empat hari dengan sekali caj.

Fitbit Inspire HR dan Inspire pula menawarkan ciri penjejak kesihatan dengan fungsi aplikasi telefon pintar seperti kemampuan menjejak aktiviti pengguna, pola tidur, fungsi jam randik dan peringatan untuk bersenam. Melengkapkan ia, kapasiti bateri bagi kedua-dua peranti ini mampu bertahan sehingga lima hari dengan hanya sekali caj. Ketiha-tiga peranti ini ditawarkan dengan harga yang sangat kompetitif.

Bagi peranti Fitbit Versa Lite Edition, ia dijual pada harga RM768. Fitbit Inspire HR pula, anda boleh mendapatkannya pada harga RM468 dan Fitbit Inspire pada harga RM348. Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan peranti keluaran Fitbit ini bermula minggu depan di Malaysia. Kesemuanya boleh didapati di cawangan Harvey Norman, Timekeeper, Flash Gadget, City Chain, Best Denki dan di semua pasaraya besar IT.

Fitbit Versa Malaysia


Komen ()