Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A6+ Mula Menerima Kemaskini Android Pie

Link Copied!

Ujian Beta Android  telah diberikan tahun lalu pada peranti Pixel. Sungguhpun begitu masih terdapat sebilangan besar peranti yang masih menggunakan Android Oreo. Angka ini berkurangan sebanyak satu selepas Samsung Gaalxy A6+ 2018 mula menerima kemas kini Android Pie hari ini.

Buat masa ini kemas kini hanya diberikan kepada pengguna di negara Poland dengan saiz muat turun 1.3 GB. Selain sistem operasi terkini, ia turut membawa tampalan sekuriti terkini dan juga antaramuka baharu Samsung One UI. Sejak Januari 2019, Samsung giat memberikan kemas kini ke Android Pie pada peranti yang masih menggunakan Oreo.

Impian Google untuk mempercepatkan proses kemaskini ke Android Pie menerusi Project Treble nampaknya masih belum mencapai sasaran. Diharap dengan sokongan Project Treble terbina bermula dengan Android Pie, masa diambil untuk mengemaskini sistem operasi Android akan dapat dipendekkan lagi.


Komen ()