Huawei bakal melancarkan telefon pintar di bawah siri-P30 secara rasminya pada 26 Mac 2019 ini. Selari dengannya, hari ini Huawei telah berkongsi beberapa video acah terbaru, selain turut memberikan petanda ciri yang bakal disertakan bersama-sama dengannya.
Melalui salah satu video, Huawei memperlihatkan kemampuan siri Huawei P30 melakukan rakaman menggunakan dua lensa secara serentak. Melaluinya, pengguna boleh merakamkan video pada jarak dekat, selain pada masa yang sama turut merakamkan video menggunakan lensa sudut lebar. Ini ialah fungsi kamera yang tertiris menerusi laman rasmi Huawei yang kami laporkan sebelum ini,
https://www.youtube.com/watch?v=WQi1IasWkIw
Dengan kaedah ini, ia memberikan sedikit keunikan dalam video yang dihasilkan, berbeza dengan sebelum ini yang biasanya sekadar menggabungkan penggunaan lensa kamera belakang dan hadapan sahaja.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 Mac ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Huawei pada bahagian kamera melalui telefon siri P30 ini.