Cari @ Amanz

China ialah negara yang cukup menarik untuk dilawati kerana kaya dengan sejarah, mempunyai khazanah alam sekitar yang menakjubkan dan barangan yang dijual pada harga mampu milik. Satu masalah yang sering kami hadapi apabila melawat China ialah kesukaran mencari tandas apabila berada di luar hotel. Halangan bahasa menyukarkan lagi proses mencari tandas kerana majoriti warga negara tersebut tidak berbahasa Inggeris.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China telah mengarahkan Baidu untuk menghasilkan peta tandas atas talian khusus untuk kegunaan pelancong. Menjelang Jun, kesemua tandas awam yang dibina sebelum 2019 akan disenaraikan di dalam peta Baidu. Setakat ini 20,000 tandas awam yang terletak di kawasan tarikan pelancong, hab pengangkutan, restoran, taman, dan pusat hiburan telah disenaraikan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd