Mozilla Memperkenalkan Firefox Yang Lebih Dioptimasikan Untuk iPad

Mozilla Memperkenalkan Firefox Yang Lebih Dioptimasikan Untuk iPad

Diterbitkan pada Mac 23, 2019 oleh .

Mozilla sedia menawarkan pelayar web Firefox mereka untuk pengguna iPhone dan iPad sebelum ini. Walaubagaimanapun, versi iPad boleh dikatakan adalah versi iPhone bersaiz besar sahaja, dan tidak dioptimasikan sepenuhnya. Hal ini berubah melalui versi Firefox baru untuk iPad.

Melalui Firefox untuk iPad yang terbaru, ia lebih dioptimasikan untuk paparan skrin besar, selain turut menyokong ciri Split Screen yang terdapat pada iPad. Disamping itu, pelayar web ini juga kini menyokong kekunci pintasan untuk papan kekunci yang berhubung ke iPad.

Bagi anda yang menggunakan iPad, dan inginkan sebuah pelayar web alternatif yang lebih dioptimasikan untuk paparan skrin anda, mungkin boleh mencuba Firefox baru ini hari ini.

Muat-Turun Firefox untuk iPad


TIPS & ULASAN