Carian
PUBG Mobile Dilihat Menguji Had Masa Bermain Selama 6 Jam Sehari Di India
March 23, 2019 Aman

PUBG Mobile telah mendapat perhatian akhir-akhir ini, terutamanya di India – sehingga terdapatnya pelajar yang ditahan kerana bermain PUBG, selain beberapa pihak yang meminta permainan berkenaan diharamkan.

Selari dengannya, dalam mengelak pelbagai masalah lanjutan, kini pembangun permainan berkenaan dilihat sedang menguji had masa bermain PUBG Mobile sehingga 6 jam sahaja sehari. Buat masa ini, ciri ini diuji di India sahaja.

Melaluinya, selepas mencapai had masa 6 jam, pengguna akan dipaparkan dengan paparan “Health Reminder” yang tidak membenarkan pengguna bermain pada hari berkenaan, dan hanya boleh dimainkan keesokkan harinya.

Sebelum menghalang pemain daripada terus bermain, PUBG Mobile akan memaparkan notifikasi selepas anda bermain selama 2 jam, dan seterusnya selepas bermain selama 4 jam.

Langkah ini dilihat sebagai salah satu kaedah supaya pengguna tidak menghabiskan masa terlalu lama pada permua berkenaan, selain turut mengalakkan pengguna menggunakan masa dengan lebih efisien dalam kehidupan seharian.

Bagi anda yang bermain PUBG Mobile, berapa lamakah anda habiskan sehari dalam bermain permainan berkenaan?

Komen