Chrome 74 Beta Membawa Sokongan Tema Gelap Pada Windows

Chrome 74 Beta Membawa Sokongan Tema Gelap Pada Windows

Diterbitkan pada Mac 24, 2019 oleh .

Google Chrome telah pun menguji sokongan tema gelap secara terbina pada pelayar web mereka. Selepas memperkenalkannya pada Chrome 73 untuk Mac, kini pembangunnya turut menawarkan ciri lebih kurang sama pada Chrome 74 Beta untuk Windows.

Dengan pengenalan ciri ini, sekiranya komputer Windows anda ditetapkan kepada penggunaan tema gelap, maka pelayar web Chrome turut akan mengikutinya dan menyelarikan penggunaan tema berasaskan sistem operasi. Buat masa ini, ia masih pada peringkat beta, dan ada kalanya ia tidak berfungsi dengan baik. Mungkin masalah ini akan diselesaikan menjelang versi akhir kelak.

Selain daripada itu, Chrome 74 Beta juga turut menawarkan sokongan untuk mengurangkan gangguan seperti animasi dan sebagainya ketika melayari web.

Bagi pengguna Windows yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Chrome Beta hari ini, dan mula menggunakan beberapa ciri baru yang disertakan pada pelayar web Google ini.

Muat-Turun Chrome Beta


TIPS & ULASAN