3 Peranti Realme Akan Terima Mod Kamera ‘Nightscape’ Bersama Dengan Kemaskini Android Pie

3 Peranti Realme Akan Terima Mod Kamera ‘Nightscape’ Bersama Dengan Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

CEO Realme, telah pun menjanjikan yang peranti-peranti Realme lain turut akan menerima ‘Nightscape’ dari Realme 3 kelak. ‘Nightscape’ adalah mod malam untuk kamera Realme 3 yang mengurangkan hingar dan juga mengoptimasikan hasil gambar.

Terkini, CEO Realme – Madhav Sheth telah mengesahkan bila ia akan hadir kepada peranti lain. Menurut Madhav Sheth, tiga peranti Realme – Realme 1, Realme 2 Pro dan Realme U1 akan menerima mod ‘Nightscape’ ini serentak dengan kemaksini Android Pie pada pertengahan tahun ini. Sayang sekali, tiada lagi berita mengenai Realme C1 dan Realme 2.

Jika anda adalah pengguna tiga peranti tersebut, nampaknya anda tidak perlu membeli Realme 3 untuk cuba mod malam, kerana kelak anda turut boleh gunakan pada peranti Realme tersedia anda.


TIPS & ULASAN