Carian
Telegram Kini Membenarkan Mesej Dipanjangkan Tanpa Mendedahkan Identiti Pengirim Asal
March 25, 2019 Arib Ismail

Telegram dilihat sering menawarkan beberapa fungsi menarik dalam menambahbaik pengalaman komunikasi pengguna. Mereka pada hari ini telah hadir Telegram versi 5.5, dengan penyertakan sejumlah kawalan baru pada fungsi ‘private chat’, forwarding, dan pengurusan emoji yang lebih baik.

Anda kini boleh memadam mesej pada sesebuah ‘private chat’ secara dua hala tanpa had, sekaligus tidak membolehkan pengirim dan penerima membaca kembali mesej yang dihantar. Fungsi memadam mesej dua hala ini sedia ditawarkan pada sebelum ini, namun kini ditambahbaik dengan kebolehan memadamnya secara tanpa had.

Telegram turut membawakan fungsi ‘anonymous forwarding‘, untuk mengelakkan identiti pengirim mesej asal didedahkan ketika mesej tersebut tersebar. Fungsi ini hanya memaparkan nama pertama pengirim dan tidak dipautkan ke akaun pengirim mesej asal. Jadi apabila pengguna lain menekan pada nama pengirim mesej asal, ia akan memaparkan paparan “The account was hidden by the user.

Selain daripada dua kebolehan ini, Telegram juga telah mengemaskini paparan emoji untuk memudahkan pengguna mencari emoji yang ingin digunakan. Ia dijayakan dengan fungsi carian baru yang membolehkan pengguna mencari emoji, GIF, dan stickers melalui carian secara pantas. Selain daripada carian emoji, Telegram turut membawa fungsi carian pada Settings untuk menuju ke sesuatu tetapan dengan mudah.

Telegram 5.5 bakal ditawarkan melalui kemaskini baru bermula hari ini bagi pengguna Android dan iOS. Telegram versi desktop turut akan membawa sejumlah fungsi ini, dengan mengemaskininya kepada versi 1.6.2. Bagi pengguna Android yang masih belum menerima kemaskini baru ini, anda boleh memasang fail APK secara manual melalui halaman Telegram di APK Mirror.

Komen