Tinggal kurang 24 jam sahaja lagi sebelum hari pelancaran rasmi telefon pintar terbaru dari Huawei bagi siri Huawei P30 di Paris. Lanjutan mengenai siri telefon pintar ini, terdapat sejumlah hasil gambar Huawei P30 telah diperlihatkan di arena web sebelum pelancaran rasmi peranti ini berlangsung. Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan peranti Huawei P30 Pro dan Huawei P30 ini.
Terkini di arena web memperlihatkan gambar busana Fasha Sandha yang menggunakan lensa dari peranti siri Huawei P30 sewaktu gambar potrait dirakam untuk pra-perkahwinannya. Melalui gambar yang dikongsikan, hasil imej bagi kamera siri Huawei P30 untuk lensa super close shot memperlihatkan butiran gaun elegan yang diperagakan dengan begitu jelas. Kualiti gambar yang ditampilkan cukup baik sekaligus memberikan pengalaman fotografi yang mengagumkan.
Seperti yang dapat kita lihat dari gambar ini, telefon pintar siri Huawei P30 hadir dalam menampilkan butiran-butiran khusus pada gambar termasuk jahitan gaun yang sempurna, reka bentuk yang kemas dan anggun, dilengkapi dengan sentuhan warna yang tepat yang menghasilkan gaun yang mempersonakan. Dengan sokongan teknologi zoom dan lensa yang baik, ia dapat menghasilkan gambar dengan jarak yang sangat dekat tanpa menjejaskan kualiti gambar. Menerusi hasil gambar yang telah di ambil, Huawei P30 dilihat dapat menghasilkan warna dan butiran objek yang sebenar dan jitu.
Sebelum ini, Huawei turut hadir dengan kualiti fotografi yang sangat baik menerusi kerjasama Leica dan Huawei untuk siri-siri terdahulu. Ia termasuk Huawei Mate 20 Pro yang turut membawakan hasil fotografi yang mengagumkan terhasil dari kombinasi tiga lensa. Melalui teknologi ini, ia memberikan petanda bahawa peranti ini direka untuk anda yang meminati fotografi.
Untuk siri Huawei P30 ini, Huawei telah mengesahkan revolusi keupayaan zoom pada telefon pintar mereka. Bertemakan ‘Rewrite the Rules‘, acara ini pasti akan mendedahkan ciri-ciri yang lebih menarik dari telefon pintar Huawei yang paling dijangkakan ini. Bagi anda yang ingin merasai pengalaman fotografi yang baik tanpa menjejaskan butiran akhir pada gambar, Huawei hadir dengan siri telefon pintar yang membawakan teknologi kamera terbaik untuk Huawei P30.
Anda juga boleh mengikuti kemaskini langsung pelancaran Huawei P30 menerusi halaman rasmi Huawei di Facebook, YouTube & Twitter pada 26 Mac esok pada jam 9 malam (waktu tempatan).
Penafian: Advertorial Dari Huawei