Fail Pemasangan Microsoft Edge Berasaskan Chromium Tertiris Ke Web – Boleh Dipasang Pada Windows 10, 8, Dan 7

Fail Pemasangan Microsoft Edge Berasaskan Chromium Tertiris Ke Web – Boleh Dipasang Pada Windows 10, 8, Dan 7

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

Microsoft dalam persediaan untuk memperkenalkan pelayar web Microsoft Edge mereka dengan teknologi berasaskan Chrome. Beberapa paparan pelayar web ini telah tertiris ke arena web sebelum ini, namun tiada sebarang fail pemasangan yang boleh dicuba oleh pengguna. Pada hari ini, fail pemasangan Microsoft Edge berasaskan Chromium telah tertiris secara sepenuhnya – yang mana ia sedia diuji pada sistem operasi serendah Windows 7.

Fail pemasangan ini telah dijumpai pada halaman forum PCBeta, dengan menyediakan pautan dalam bentuk fail berasaskan ZIP. Di dalamnya menyediakan fail setup.exe untuk membolehkan pengguna memasangnya terus pada sistem komputer. Paparan pemasangannya mirip seperti pemasangan Chromium, dengan menyajikan paparan yang ringkas dan mudah.

Secara kasarnya, pelayar web ini menyerupai Chromium namun dilengkapi dengan sejumlah perkhidmatan Microsoft. Ia menyertakan fungsi Microsoft Account bagi membolehkan maklumat daripada pelayar web Edge sebelum ini diselarikan kepada pelayar web terbaru ini. Cuma ia tidak menyertakan fungsi lakaran seperti Edge sebelum ini, sekaligus tidak membolehkan pengguna melakar sesuatu halaman atau PDF.

Namun perlu diingatkan, fail yang tertiris ini mungkin mengandungi pepijat dan kami tidak menyarankan anda untuk memasang pada komputer utama anda. Bagi anda yang ingin mengujinya, anda boleh mendapatkan fail pemasangan ini melalui forum PCBeta.


TIPS & ULASAN