Xiaomi Akan Hadir Dengan Mi Notebook Baru Dengan Berat 1.07KG – Pesaing LG gram?

Xiaomi Akan Hadir Dengan Mi Notebook Baru Dengan Berat 1.07KG – Pesaing LG gram?

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

Xiaomi turut terkenal dengan komputer riba mereka yang mempunyai rekaan yang mirip dengan Macbook Pro. Mereka telah hadir dengan banyak variasi komputer riba, seperti untuk kegunaan para pelajar, pejabat, untuk para usahawan atau juga yang memfokuskan permainan video.

Terkini, Xiaomi telah hadir dengan poster acah yang memperlihatkan Mi Notebook baru yang memfokuskan jisim yang lebih ringan. Ia adalah versi kemaskini kepada Mi Notebook Air mereka, iaitu komputer riba ‘klon’ Macbook Air mereka. Dalam poster acah, Xiaomi memberitahu yang Mi Notebook Air baharu mereka mempunyai berat 1.07 KG sahaja. Ini adalah lebih ringan dari Macbook Air yang seberat 1.25 dan Huawei MateBook 12 yang seberat 1.3KG. Ia mungkin pesaing kepada LG gram yang memfokuskan komputer riba yang ringan?

Komputer riba baharu Xiaomi ini akan dilancarkan esok dan segala butiran seperti harga dan spesifikasi hanya akan diketahui esok hari. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN