GrabPay Perkenal Perkhidmatan Kewangan Pada Perniagaan Berskala Kecil

GrabPay Perkenal Perkhidmatan Kewangan Pada Perniagaan Berskala Kecil

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Baru-baru ini, pada acara Money 20/20 2019 Asia, GrabPay telah menawarkan aplikasi pembayaran yang menarik seperti sistem pembayaran dalam talian. Platform jualan untuk peniaga, dan perkhidmatan kredit ini menyediakan portfolio perkhidmatan kewangan yang komprehensif kepada pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini.

GrabPay

Bermula dengan Singapura, peniaga kini boleh menerima bayaran GrabPay menerusi integrasi peranti daftar keluar dan titik jualan dalam talian. Beberapa contoh rakan kongsi yang terlibat ialah peniaga dalam talian dan luar talian serta gerbang pembayaran, termasuk Cathay Cineplexes, Adyen, Boku, iPay88, Dragonpay, Qoo10, dan 11Street.

Grab juga memperluaskan rangkaian perkhidmatan pemberian pinjaman dengan menambah pinjaman perniagaan kecil untuk syarikat Singapura. Pilihan ciri “bayar lewat” yang membolehkan pembeli membayar barangan mahal secara ansuran bulanan tanpa dikenakan sebarang faedah bunga akan dilancarkan dari semasa ke semasa. 

Turut difahamkan kedua-dua perkhidmatan pinjaman dan insurans ini akan bermula di Singapura terlebih dahulu dan kemudian dilancarkan di seluruh pasaran Asia Tenggara yang lain di mana lokasi Grab beroperasi.


TIPS & ULASAN