Peranti Xperia 10 & 10 Plus Kini Disertakan Ke Dalam Program ‘Sony Open Devices’

Peranti Xperia 10 & 10 Plus Kini Disertakan Ke Dalam Program ‘Sony Open Devices’

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

Salah satu aspek yang ditekankan oleh penggemar kustomasi Android adalah kebolehan pemasangan ‘custom rom‘. Ia membolehkan pengguna menukar keseluruhan sistem dan menjalankan ROM yang berlainan pada sesebuah peranti. Bagi membenarkan pengguna membuat kustomasi dengan lebih menyeluruh, Sony hari ini telah menambah Xperia 10 dan Xperia 10 Plus ke dalam program Sony Open Devices.

Program ini memberi manfaat kepada proses kustomasi untuk sesebuah peranti yang disokong. Pembangun boleh menggunakan binaries driver yang dikeluarkan oleh Sony ketika membangunkan sesebuah kernel dan custom rom. Sony turut membenarkan bootloader peranti dinyahkunci, dan kemudiannya digunakan untuk proses pemasangan recovery dan custom rom pada peranti.

Sony sebelum ini edia menempatkan sejumlah peranti Xperia ke dalam program Sony Open Devices ini – seperti Xperia XZ3, XA2 Ultra, sehingga ke zaman peranti Xperia Z Ultra. Walaupun pembangunan sejumlah peranti ini tidak lagi aktif, program ini dapat menyahkunci peranti yang tidak disokong untuk menyahkunci bootloader dan memasang perisian yang telah dikustomasi.

Bagi anda yang ingin memulakan pembangunan pada Xperia 10 dan 10 Plus, anda boleh menuju ke portal pembangunan Sony dan mendapatkan kod menyahkunci peranti. Setiap modifikasi ini akan membatalkan waranti peranti, sekaligus membuatkan kerosakan peranti ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna.


TIPS & ULASAN