Cari @ Amanz

Xiaomi telah pun melancarkan Redmi Note 7 dan juga Redmi 7 secara rasminya di Malaysia pada minggu lepas. Seperti biasa, sejak pelancarannya, ramai yang tertanya-tanya berkenaan bilakah variasi Redmi Note 7 Pro akan memasuki pasaran tempatan.

Menyentuh mengenainya, kini Pengurus Xiaomi Malaysia berkongsi mengatakan Redmi Note 7 Pro tidak akan memasuki pasaran tempatan. Buat masa ini, peranti berkenaan hanya ditawarkan untuk pasaran China dan India sahaja.

Beliau turut menekankan yang mana Redmi Note 7 merupakan peranti yang berbaloi, dan telefon pintar dengan lensa 48-megapixel yang termurah dipasaran pada hari ini.

Redmi Note 7 akan mula dijual di Malaysia bermula 27 Mac 2019 ini pada harga bermula RM679.

Terima kasih Arif untuk tips.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd