Carian
Apple Melancarkan Apple News+ – Perkhidmatan Langgganan Bulanan Untuk Kandungan Majalah
March 26, 2019 Aman

Apple hari ini telah melancarkan sebuah perkhidmatan langganan baru dinamakan sebagai Apple News+. Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

Apple News+ mengabungkan penawaran kandungan berbayar daripada pelbagai penerbitan – meliputi berita, portal dan juga daripada majalah-majalah popular seperti National Geographic, WSJ, dan sebagainya.

Untuk makluman, pengguna masih boleh mengakses kepada sejumlah kandungan berita melalui Apple News seperti biasa – tetapi dengan penawaran Apple News+, ia menambah lagi bentuk kandungan yang boleh dinikmati pengguna.

Apple News+

Menariknya lagi, melalui aplikasi berkenaan, ia mengoptimasikan paparan kandungan mengikut saiz peranti anda, sekaligus menawarkan keselesaan untuk menikmati kandungan daripada penerbit yang diminati pengguna pada sebarang peranti.

Di Amerika Syarikat, ia ditawarkan dalam bentuk langganan pada harga $9.99 sebulan, sementara $12.99 sebulan di Kanada. Pengguna juga turut boleh berkongsi langganan bersama keluarga melalui penggunaan Family Sharing.

Buat masa ini, ia belum diumumkan lagi bilakah Apple News+ akan diperluaskan ke pasaran Asia, termasuk Malaysia.

Komen