Apple TV+ Diumumkan – Perkhidmatan Penstriman Video Berbayar

Apple TV+ Diumumkan – Perkhidmatan Penstriman Video Berbayar

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Selepas pelbagai desas-desus berkaitan perkhidmatan penstriman video daripada Apple, hari ini secara rasminya syarikat gergasi berkenaan memperkenalkannya. Perkhidmatan berkenaan dinamakan sebagai Apple TV+ dan akan ditawarkan dalam bentuk langganan berbayar kelak pada tahun ini.

Melalui Apple TV+, ia akan menawarkan sejumlah kandungan eksklusif pada platform berkenaan yang mengetengahkan sejumlah nama besar dalam arena hiburan seperti Steven Speilberg, JJ Abrams, Oprah Winfrey dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, harga langganan dan negara-negara terawal yang akan menyokong perkhidmatan Apple TV+ ini masih belum diumumkan, dan mungkin akan diketahui dalam bulan-bulan akan datang.

Apple TV Baru

Bersama-sama pengumuman ini, pihak Apple turut mengumumkan aplikasi Apple TV baru yang akan hadir ke iPhone, iPad dan Apple TV melalui kemaskini perisian sekitar Mei kelak.

Aplikasi Apple TV ini akan mengetengahkan pelbagai kandungan video, termasuk memudahkan pengguna untuk melanggan ke perkhidmatan seperti HBO, Showtime dan sebagainya terus melalui aplikasi berkenaan. Ini sekaligus memudahkan lagi pengurusan tanpa keperluan sebarang pendaftaran akaun tambahan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pengenalan perkhidmatan baru ini akan turut meliputi Malaysia ketika peringkat awal atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN