Minggu lalu, DiGi Telekomunikasi Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Gibraltar BSN melancarkan Dengue Cover+, iaitu sebuah Pelan Perlindungan Digital Denggi dan Zika mampu milik berserta Insurans Hayat kepada pengguna.
Berdasarkan data yang diberi oleh Kementerian Kesihatan negara, terdapat 3,223 kes denggi yang direkodkan pada minggu kelima tahun 2019 (27 Januari – 2 Februari 2019), iaitu peningkatan sebanyak 3.1% daripada minggu sebelumnya yang mencatat 3,127 kes. Data Ini menunjukkan jumlah kes denggi pada tahun 2019 adalah sebanyak 15,469 dengan 25 kematian kumulatif. Notis pemberitahuan segera daripada pihak Digi akan dimaklumkan pada kawasan kediaman pelanggan yang menjadi tumpuan denggi. Berikut, pelanggan akan ditawarkan peluang untuk melindungi diri dan keluarga mereka menerusi Dengue Cover+.
Seterusnya, pelan insurans digital ini boleh didapati bermula dengan harga serendah RM0.15 sen sehari yang menawarkan pelbagai faedah seperti Tunai Hospital, Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD). Pakej premium ini akan dimasukkan terus ke akaun DiGi anda dan pemohon juga tidak perlu lagi menjalani sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan.
Justeru, usaha sama yang baharu yang dibina bersama Gibraltar BSN ini dapat membuka peluang kepada DiGi untuk melindungi para pelanggan melalui penawaran insurans digital. Malah, dengan adanya pemberitahuan maklumat kesihatan yang terkini, pelanggan tidak perlu khuatir lagi.
Dengan itu, bagi pelanggan Digi anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dengue Cover+ dan membuat pendaftaran untuk pelan ini pada pautan dibawah.