Lenovo Legion Y740 – Komputer Riba Permainan Dengan Prestasi Yang Hebat

Lenovo Legion Y740 – Komputer Riba Permainan Dengan Prestasi Yang Hebat

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Lenovo merupakan antara salah satu jenama pengeluar yang aktif dalam memperkenalkan peranti pintar mereka, seperti komputer riba, telefon pintar dan aksesori aksesori pintar yang lain. Namun, jenama Lenovo ini amat dikenali dengan kebolehan mereka dalam mengeluarkan komputer komputer riba yang canggih dan berteknologi tinggi serta ditawarkan untuk memenuhi permintaan pengguna mereka.

Pada Januari 2019 yang lalu, pihak mereka telah memperkenalkan komputer riba terbaru untuk pasaran global iaitu Lenovo Legion Y740 di acara tahunan CES yang berlangsung di Las Vegas. Ia merupakan sebuah komputer riba yang hadir dengan spesifikasi khusus untuk permainan video. Jadi, bagi anda yang sedang mencari cari komputer riba gaming yang sesuai, mungkin ini adalah sebab mengapa anda perlu meletakkan Lenovo Legion Y740 ini di dalam senarai pilihan anda.

Spesifikasi Yang Cukup Berkuasa Untuk Menikmati Prestasi Permainan Yang Baik 

Spesifikasi untuk komputer riba ini boleh dikatakan agak berkuasa bagi anda yang sering bermain permainan video. Hal ini adalah kerana, Legion Y740 ini dilengkapi dengan dua pilihan kad grafik yang terkini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q dan NVIDIA GeForce RTX 2060.

Kad grafik ini dilengkapi dengan 2304 teras CUDA, memori GDDR6 sebanyak 8GB dan mampu beroperasi dengan kelajuan GPU sehingga 1300MHz. Dengan kehadiran kad grafik RTX 2070 Max-Q yang terkini ini, ia membolehkan sesebuah komputer riba untuk beroperasi lebih lancar tanpa menghadapi sebarang masalah lengah masa. Begitu juga dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060.

Komputer riba ini juga ditawarkan dengan dua pilihan kad memori, iaitu 16 GB DDR4 dan 32 GB DDR4. Bagi anda yang ingin mendapatkan Legion Y740 ini pada harga yang lebih rendah, anda boleh memilih model ini dengan pilihan kad memori 16GB. Manakala, jika anda inginkan ruangan memori yang lebih besar untuk menyimpan pelbagai jenis permainan video, anda boleh memilih model Legion Y740 dengan pilihan memori 32GB DDR4. Ruangan storannya pula ditawarkan dengan pilihan bermula 512GB hingga 1TB HDD.

Jadi, dengan penyertaan kad grafik yang berkuasa, bersama memori dan storan yang besar ini pada komputer riba Legion Y740, ia membolehkan anda untuk bermain permainan video tanpa sebarang masalah lengah masa.

Hadir Dengan Perisian Windows 10 Dengan API Grafik DirectX 12 Yang Menjanjikan Grafik Yang Realistik,

Legion Y740 ini juga dilengkapi dengan cip Intel Core i7-8750H generasi kelapan yang dioperasikan dengan menggunakan Windows 10. Sistem operasi Windows 10 ini dilengkapi dengan API grafik DirectX 12 yang mana API grafik terikini ini hanya boleh didapati melalui sistem operasi Windows 10 sahaja.

Fungsi API grafik DirectX 12 ini adalah untuk membantu proses rendering sesuatu karya grafik anda menjadi lebih lancar, cepat dan efisien. Jadi, dengan sokongan API grafik ini, anda boleh membuat proses rendering dengan lebih cepat bukan sahaja untuk kerja kerja grafik, malahan untuk projek audio anda.

Rekabentuk Peranti Yang Nipis Dan Ringan

Komputer riba ini hadir dengan rekaan skrin 15.6 inci Full HD yang beresolusi 1920 x 1080p, yang berukuran 20mm. Bahan binaan yang digunakan pada kerangka komputer riba ini adalah berasaskan aluminium.

Kebanyakkan komputer riba gaming kini hadir dengan rekaan yang tebal dan berat. Hal ini adalah kerana terdapat banyak komponen yang perlu dimuatkan ke dalamnya. Namun, ia berbeza untuk Lenovo Legion Y740 ini kerana ia dibina dengan rekaan seringan 2.2kg sahaja. Jadi, ia sangat mudah untuk dibawa kemana mana sahaja.

Boleh Disambungkan Kepada Paparan 4K Yang Memberi Kepuasan Kepada Pemain

Pada masa kini, banyak permainan yang mula menyokong resolusi 4K. Pada paparan setinggi ini, lebih banyak ketelitian dapat dilihat sewaktu memainkan permainan namun ia memerlukan komputer yang berkuasa tinggi, dan tidak akan tergugat dengan prestasi dan reaksi sewaktu bermain.

Untuk Lenovo Legion Y740, memandangkan ia mempunyai kad grafik yang berkuasa untuk digunakan kepada paparan 4K. Pengguna hanya perlu memiliki paparan 4K, dan menyambungkannya kepada laptop gaming berkuasa ini untuk bermain dalam resolusi yang lebih tinggi. Malah sekiranya pengguna inginkan lebih dari satu paparan, laptop ini menyokong sehingga 3 paparan secara serentak.

Teknologi Audio & Video Yang Dikuasakan Dolby

Dolby merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat-peminat audio dan video. Setiap peranti yang memiliki piawaian ini, pastinya memberikan lebih nilai kepada pengguna dari segi fungsi. Pada Lenovo  Legion Y740, terdapat Dolby Atmos untuk runut bunyi yang lebih jelas dan Dolby Vision untuk kualiti grafik yang lebih bagus.

Banyak peranti telefon pintar memiliki Dolby Atmos, namun memiliki Dolby Atmos pada komputer gaming bakal membawakan pengalaman permainan lebih jauh kehadapan. Pada komputer ini terdapat ‘sound bar’ yang direka khas bagi memberikan bunyi yang lebih jelas dan memberikan efek yang boleh menyelubungi kesuluruhan deria pendengaran pengguna (surround sound).

Lebih dari itu, pengguna juga boleh mengenalpasti arah bunyi tersebut menjadikan pengalaman anda sewaktu bermain permainan seperti Counter-Strike, Apex Legends mahupun PUBG dapat mengesan arah tembakan atau arah musuh mendatangi anda. Dan ini dapat dilakukan tanpa menggunakan fon audio.

Bagi paparan Lenovo Legion Y470, teknologi Dolby Vision HDR  yang hadir padanya akan menghasilkan imej yang lebih tepat dengan situasi sebenar. Teknologi yang biasanya hadir pada TV kini dimiliki oleh komputer riba, yang bukan mengubah pengalaman anda memainkan permainan, malah boleh menonton filem-filem atau rancangan di platform penstriman seperti Netflix atau Amazon yang menyokong HDR.


Lima ciri diatas hanyalah sedikit sebanyak keunikan dan faktor mengapa anda perlu memilih laptop gaming Lenovo Legion Y740 sekiranya anda sedang mencari sesuatu yang baru. Ia dijual pada dua pilihan, iaitu pada saiz 15-inci dan juga 17-inci. Anda juga boleh memilih untuk menaiktaraf laptop ini dari segi kapasiti storan, RAM, sistem operasi Windows malah jika anda ingin menaiktaraf kad grafik. Lenovo Legion Y740 15-inci dijual bermula RM 8,629 manakala Lenovo Legion Y740 17-inci dijual bermula RM 8,909.

Beli: Lenovo Legion Y740 15-inci

Beli: Lenovo Legion Y740 17-inci

Khusus untuk pembaca Amanz, kami akan mengadakan sesi Facebook Live untuk mendemonstrasikan laptop ini dan mengadakan cabutan bertuah untuknya pada 4 April 2019 9PM. Pemenang bertuah akan memenangi laptop ini sendiri iaitu Lenovo Legion Y740 15-inci dan beberapa hadiah saguhati turut disediakan. Anda boleh mengikuti sesi tersebut menerusi Facebook Amanz.

Penafian: Advertorial Dari Lenovo Malaysia


TIPS & ULASAN