Huawei P30 Dijangka Ditawarkan Sekitar 6 April Di Malaysia

Huawei P30 Dijangka Ditawarkan Sekitar 6 April Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Siri Huawei P30 merupakan siri peranti mercu dari Huawei yang bakal dilancarkan secara rasmi di Paris malam ini. Huawei dijangka hadir dengan siri telefon pintar yang membawakan sokongan teknologi terbaik untuk Huawei P30 Pro dan Huawei P30. Dengan sokongan baik yang diterima daripada pengguna untuk pelancaran siri Huawei P30 ini, Huawei bakal membawa masuk telefon pintar ini lebih awal untuk pasaran tempatan, sekitar 6 April kelak.

Dalam pada masa yang sama, Huawei akan meningkatkan bilangan lokasi untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai dan menikmati pengalaman yang menakjubkan bagi siri Huawei P30. Mereka akan berkongsi butiran khas seperti harga dan warna yang disediakan untuk pasaran tempatan.

Huawei P30 Prototaip

Bersempena dengan pelancaran di Malaysia, Huawei turut menawarkan peranti Huawei Backup, iaitu peranti untuk sandaran data sebagai salah satu hadiah percuma yang diberikan sewaktu pelancaran telefon pintar siri Huawei P30 kelak. Huawei Backup ini hadir dengan kapasiti storan sebesar 1TB yang boleh digunakan untuk penyimpanan data secara manual atau automatik pada telefon pintar anda.

Menariknya, bagi anda yang memerlukan pengecasan dan sandaran data segera tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan, peranti ini juga hadir dengan ciri pengecas pass-through untuk pengecasan 5V2A, pengecasan pantas 9V2A, atau penyesuai pengecasan pantas 5V4.5A. Bagi peminat Huawei di Malaysia, Huawei turut akan menawarkan beberapa hadiah eksklusif menarik sewaktu pelancaran.

HUAWEI Backup

Untuk siri Huawei P30, Huawei hadir dengan sebuah telefon pintar yang menyokong teknologi terkini yang  membawakan pengalaman mengagumkan kepada pengguna. Selain itu, ia juga hadir dengan rekaan peranti terkini yang dapat menandingi peranti kelas pertama yang lain.

Bagi anda yang berminat, nantikan butiran lanjut mengenai pelancaran siri Huawei P30 termasuk lokasi dan harga jualan untuk pasaran tempatan. Anda juga boleh mengikuti kemaskini langsung pelancaran Huawei P30 menerusi halaman rasmi Huawei di Facebook, YouTube & Twitter pada hari ini, 26 Mac pada jam 9 malam (waktu tempatan).

Tonton siaran langsung pengumuman Huawei P30 dari Facebook, YouTube & Twitter

Penafian: Advertorial dari Huawei


TIPS & ULASAN