Carian
Xiaomi Mi Box Menerima Kemaskini Yang Membaiki Banyak Pepijat
March 26, 2019 Fahim Zahar

Xiaomi Mi Box adalah set kotak Android TV yang paling berbaloi untuk dimiliki. Ini adalah kerana, harga jualan yang murah serta mempunyai segala fungsi dan ciri yang mencukupi untuk mengubah televisyen ‘dungu’ kepada televisyen pintar.

Di Malaysia, Mi Box sudah tidak lagi dijual. Ini mungkin kerana kehabisan stok. Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang memiliki Mi Box – hari ini kemaskini OPR6.170623.013.2550 telah tiba dan dalam kemaskini ini ia telah membaiki banyak pepijat yang agak penting. Berikut adalah senarai log perubahan yang hadir dalam kemaskini ini;

  • Kestabilan WiFi dan masalah sambungan ke rangkaian yang kerap terputus kini ditambahbaik.
  • Membaiki masalah Android TV terhidup dengan sendiri (wake up).
  • Membaiki artifak merah pada bingkai di Netflix (red artifacts at exact frame).
  • Isu sambungan Bluetooth Mi Remote yang kerap terputus kini ditambahbaik.

Saiz kemaksini ini adalah 134MB dan anda boleh semak di tetapan Android TV anda untuk kemaskini. Sayang sekali, ini hanya untuk Mi Box – untuk Mi Box S pada semakan saya masih tiada sebarang kemaskini.

Sumber: XDA, melalui Reddit

Komen