Cari @ Amanz

Warna-Warna Unik Peranti Oppo Reno Dan Video Acah Penghasilan Peranti Ini Diperlihatkan

Link Copied!

Oppo Reno adalah siri baru peranti Oppo yang memfokuskan pada kamera, rekaan unik dan juga ciri menarik. Oppo sebelum ini telah mengesahkan akan terdapat tiga variasi peranti ini; Oppo Reno, Oppo Reno Lamborghini Edition dan juga Oppo Reno Light Deluxe Edition.

Terkini, Naib Presiden Oppo-Reno Shen Yiren Brian telah kongsikan variasi pilihan warna-warna unik buat peranti-peranti Oppo Reno. Beliau terbit gambar di Weibo dan dari gambar tersebut, Oppo Reno bakal hadir dengan empat pilihan warna; Sea Green, Midnight Black, Pink dan Nebula Purple. Setiap warna ini adalah warna cerun dengan corak yang tersendiri.

Sebelum ini, Oppo turut kongsikan video acah pembangunan Oppo Reno – di mana ia memfokuskan kreativiti. Berikut adalah video tersebut;

Siri Oppo Reno akan dilancarkan tidak lama lagi. Harapnya, dengan pengenalan Oppo Reno ini – Oppo akan teruskan hadir dengan peranti mercu Snapdragon 8xx dengan harga yang kompetitif. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: [1], [2]


Komen ()