Chrome OS adalah sistem operasi ringan yang agak berkuasa. Sejak Google mengintegrasikan Android pada Chrome OS, ia semakin baik, kemaskini semakin pantas dan banyak ciri terbina. Chrome OS turut hadir dalam banyak bentuk; tablet, komputer riba atau juga PC.
Terkini, dua tablet Chrome OS 8-inci dan 10-inci yang dikatakan akan dijana Mediatek 8183 bakal dilancarkan. Tetapi, apa yang menarik dengan dua tablet ini adalah – ia akan menyokong pengecasan nirwayar. Ini secara tidak langsung akan menjadikan dua peranti Chrome OS pertama yang menyokong pengecasan nirwayar. Pengesahan ini ditemui oleh Chrome Unboxed dalam firmware Chrome OS buat dua tablet ini;
flapjack/wpc: Enable wireless charge P9221-R7 for flapjack
Agak pelik untuk lihat tablet yang menyokong pengecasan nirwayar. Ini kerana, kebiasaannya pad pengecasan nirwayar adalah bersaiz kecil dan hanya sesuai untuk telefon pintar. Adalah pengeluar tablet ini akan hadir dengan pad pengecasan nirwayar tersendiri? Sama-sama kita nantikan.