Samsung Melancarkan Galaxy A70 – Skrin Bernisbah 20:9, 32MP Dan Pengecasan Pantas 25W

Samsung Melancarkan Galaxy A70 – Skrin Bernisbah 20:9, 32MP Dan Pengecasan Pantas 25W

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Samsung Galaxy A adalah siri baru peranti berkuasa pada harga mampu milik. Di Malaysia, mereka sudah pun melancarkan Galaxy A30 dan Galaxy A50. Kelak Galaxy A90 dengan skrin tanpa takuk turut akan dilancarkan. Hari ini, Samsung Galaxy A70 telah dilancarkan.

Apa yang istimewa dengan Galaxy A70 ini? Ia hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan nisbah 20:9 daripada panel Infinity-U. Untuk kamera, di belakang ia mempunyai tri-lensa daripada sensor 32MP f.1,7, sensor 8MP ultra-lebar 123 darjah dan juga sensor 5MP untuk bokeh. Turut disertakan pada peranti ini adalah pengimbas cap jari dalam skrin seperti Galaxy A50.

Galaxy A70 dijana degan cip pemproses 8-teras (dwi-teras 2.0GHz + enam-teras 1.7GHz) yang dipadankan dengan pilihan RAM 6/8 GB dan storan dalaman 128GB. Storan peranti ini turut boleh ditambah dengan kad mikroSD sehingga 512GB. Untuk bateri pula, ia mempunyai 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Sistem pengecasan pantas ini adalah lebih pantas dari sir Galaxy S10 yang berada di Malaysia sekarang.

Galaxy A70 turut menjalankan One UI berasaskan Android Pie. Untuk panel belakang ia menggunakan rekaan 3D Glasstic yang mirip dengan siri Galaxy A yang lain. Galaxy A70 ditawarkan dengan pilihan warna Coral, biru, hitam dan putih. Harga jualan masih tidak diumumkan lagi buat masa ini. Tetapi siri Galaxy A baharu dari Samsung setakat ini amat mengagumkan.


TIPS & ULASAN