Pasca pelancaran perkhidmatan baharu Apple News+, Apple Arcade dan Apple TV+, kemas kini iOS 12.2 kini boleh dimuat turun pada peranti yang disokong. Versi terkini sistem operasi ini membawakan sokongan untuk perkhidmatan langganan Apple News+ dan juga empat animoji baharu.
Animoji baharu yang boleh digunakan ialah zirafah, jerung, burung hantu dan babi hutan. Sistem operasi ini diperlukan bagi mereka yang ingin menggunakan Apple AirPods versi terkini yang baru sahaja dikemaskini minggu lalu. Selain itu terdapat kawalan Apple TV terkini pada Control Center dan juga skrin peranti yang terkunci. Siri juga kini boleh menerima arahan suara untuk memainkan kandungan pada Apple TV. Saiz kemas kini ialah 840.4 MB.