Huawei Mengacah Powerbank 40W Yang Mampu Mengecas MateBook

Huawei Mengacah Powerbank 40W Yang Mampu Mengecas MateBook

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Sejak tahun lepas, kita lihat banyak pengeluar peranti dari China berlumba-lumba dengan memperkenalkan sistem pengecasan pantas tersendiri. Kita sudah ada Huawei SuperCharge, OnePlus Warp Charge, Oppo Super VOOC dan banyak lagi. Tetapi, ini semua adalah untuk pengecasan secara berwayar.

Bagaimana pula dengan powerbank? Pengeluar-pengeluar peranti ini sepatutnya turut hadir dengan powerbank dengan sokongan pengecasan pantas mereka, kerana pengguna kerap membawa peranti mereka ke mana sahaja. Huawei baru-baru ini telah mengacah satu jalan penyelesaian. Naib Presiden Huawei bahagian perniagaan telefon pintar, Li Xialong Bruce Lee – telah mengacah yang Huawei bakal hadir dengan powerbank dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Dalam gambar yang dikongsikan, powerbank ini dilihat sedang diuji dan sedang mengecas sebuah MateBook. Kuaa Powerbank ini dilihat mempunyai 19.9V dan 1.86A dengan jumlah kuasa 37.19W. Ini bermakna, powerbank ini adalah powerbank dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge. Kita mungkin akan lihat kehadiran powerbank ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN