McDonald’s, salah satu syarikat makanan segera terbesar di dunia boleh juga dikatakan salah sebuah pelopor teknologi perkhidmatan yang terutama.
Terkini, sebuah laporan daripada TechCrunch mengatakan bahawa McDonald’s bakal mengambil alih syarikat Dynamic Yield sebuah syarikat teknologi personalisasi yang pernah bekerja dengan syarikat-syarikat didalam pelbagai jenis industri.
Pengambilalihan oleh McDonald’s ini akan memperlihatkan penambahbaikan kepada sistem pandu-lalu mereka terlebih dahulu. Ini termasuklah menunjukkan menu yang berbeza bergantung kepada masa, cuaca dan keadaan trafik pada mana-mana restoran McDonald’s yang mempunyai perkhidmatan tersebut.
Apa yang menarik lagi disini ialah McDonald turut berkata bahawa penambahan baru ini telahpun diuji sejak tahun lalu, dan dikatakan bakal dikembangkan lagi di Amerika Syarikat pada tahun ini. Bergantung kepada keberkesanannya, ia mungkin akan dikembangkan kepada pasaran antarabangsa juga.
Menurut jurucakap McDonald’s lagi, penambahbaikan ini mungkin akan dimasukkan kepada laman web dan aplikasi McDonald’s juga untuk memudahkan lagi pesanan pelanggan mereka.