Cari @ Amanz

Rekaan Fon Telinga Nirwayar Beats Powerbeats Pro Tertiris

Link Copied!

Minggu lalu kami melaporkan Beats akan melancarkan fon telinga nirwayar seakan AirPods mereka pada bulan April ini. Nama dan rekaan fon telinga nirwayar ini telahpun tertiris selepas animasinya ditemui di dalam fail kemaskini iOS 12.2 yang diberikan hari ini. Fon telinga Beats Powerbeats Pro ini sama seperti Powerbeats3 Wireless cuma ia hadir dengan pod simpanan merangkap pengecas serta tiada tali di antara dua fon telinga.

Rekaan dengan penyangkut telinga membuatkan Powerbeats Pro sesuai digunakan untuk aktiviti sukan. Menurut 9to5Mac yang menemui rekaan fon telinga ini, ia bakal ditawarkan dalam warna hitam dan putih sahaja. Pod simpanan merangkap pengecas kelihatan lebih besar berbanding yang ditemui pada AirPods. Terdapat sebuah lampu LED pada bahagian hadapan untuk menunjukkan tahap bateri. Memandangkan ia produk Apple, ia besar kemungkinan turut boleh dicas secara nirwayar seperti model terkini AirPods.


Komen ()