Sewaktu acara Khabar Baik 2.0 Telekom Malaysia, timbalan presiden eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed telah mengumumkan bahawa TM akan hadir dengan perkhidmatan sambungan teknologi yang dipanggil Pre-5G TDD khusus untuk penduduk kawasan sekitar Setiawalk di Puchong.
Menurut Mohar, sambungan Pre-5G TDD ini hadir dengan sokongan kelajuan sehingga 500Mbps, dan menjanjikan sambungan sepantas 80Mbps untuk pengguna-pengguna pelan Unifi Wireless Broadband di sekitar Setia Walk ini.
Beliau juga berkata bahawa teknologi Pre-5G ini sudahpun hadir di kawasan tersebut, dan pengguna baru hanya perlu mendaftar kepada pelan Unifi Wireless Broadband pada harga RM79 sebulan.
Untuk penduduk di Setiawalk, jika mereka mendaftar sewaktu tarikh promosi 7 April sehingga 30 April 2019, kuota data mereka juga akan digandakan daripada 60GB kepada 120GB setiap bulan secara percuma.
TM turut berkata bahawa dengan teknologi Pre-5G TDD ini, mereka sedang bersiap sedia untuk masa hadapan dimana teknologi 5G akan akhirnya bertapak di Malaysia.