Pengguna U Mobile kini dilihat sedikit masalah teknikal, dimana tiada rangkaian telekomunikasi pada peranti pengguna – sekaligus membuatkan mereka gagal menghubungi sesiapa atau dihubungi oleh sesiapa.
Buat masa ini, pihak U Mobile sekadar mengatakan yang mana mereka telah sedar akan berkenaan masalah ini, dan kerja pembaik-pulihan sedang giat dilakukan. Tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan mengapakah masalah teknikal ini berlaku.
Pihak U Mobile juga turut meminta pengguna untuk memulakan semula (restart) peranti mereka yang menggunakan rangkaian U Mobile, dan memantau prestasinya.
Kami sedar akan isu ini dan kerja pembaikpulihan sedang giat dijalankan. Dihargai jika boleh โrestartโ peranti anda dan pantau prestasinya. Segala kesulitan amatlah dikesali. ๐๐ TK
— U Mobile (@umobile) March 26, 2019