5 Fungsi Menarik Yang Anda Boleh Dapati Pada OPPO F11 Pro

5 Fungsi Menarik Yang Anda Boleh Dapati Pada OPPO F11 Pro

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

OPPO F11 Pro secara rasminya telah memasuki pasaran tempatan pada awal Mac lalu. Telefon pintar ini merupakan siri peranti OPPO berspesifikasi kelas pertengahan dengan harga yang berpatutan. Bagi model Oppo F11 Pro kali ini, terdapat beberapa fungsi menarik lain yang mungkin ramai pengguna tidak tahu.

OPPO F11 Pro dilengkapi dengan paparan skrin 6.53-inci LTPS LCD, dijana cip Helio P70, memori 6GB RAM dan storan sebesar 64GB. Melengkapkan peranti ini ialah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0. Peranti ini membawakan penggunaan dwi-kamera belakang gabungan sensor 48-megapixel bersama 5-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Berbeza dengan rekaan telefon pintar OPPO keluaran sebelumnya, iaitu OPPO F9, peranti ini hadir dengan spesifikasi kamera hadapan boleh laras secara automatik yang disorokkan pada bahagian atas kerangka, sekaligus menjadikan telefon pintar ini hadir dengan rekaan tanpa takuk. Ia juga menampilkan rekaan peranti yang kemas selain menampilkan pilihan warna cerun yang cukup menarik.

OPPO F11 Pro
Skrin 6.53” LTPS LCD, FHD+, 19.5:9
Chipset MediaTek Helio P70
CPU 4 x Cortex-A73 2.1 GHz
4 x Cortex-A53 2.0 GHz
GPU Mali-G72 MP3
Memori 6GB RAM
Storan 64GB + mikroSD
Kamera Utama 48MP f/1.8 + 5MP
Kamera Hadapan 16MP
Sambungan WiFi 802.11 b/g/n/ac
Bluetooth 5.0
A-GPS, GLONASS
Mikro-USB
Sistem Android 9.0 Pie
Color OS 6
Bateri 4000 mAh, pengecasan VOOC 3.0
Dimensi 161.3 x 76.1 x 8.8 mm
Berat & Ketebalan 190g, 8.8mm

OPPO F11 Pro menggunakan sistem operasi ColorOS 6 dengan sokongan antaramuka berasaskan Android. ColorOS 6 menawarkan sejumlah perubahan pada sistem dan antaramuka berbanding sistem operasi Android asal. Berbanding sistem operasi ColorOS sebelum ini,

Menurut OPPO, menerusi sistem operasi ColorOS 6, peranti dapat mengurangkan sebanyak 7% penggunaan bateri sewaktu anda menggunakan telefon pintar selain membawakan antaramuka dengan tema terang. Selain tu, ColorOS6 juga turut menampilkan penggunaan tulisan Oppo Sans pada keseluruhan sistem serta hadir dengan inovasi untuk beberapa fungsi yang disediakan pada peranti ini. Mari kita lihat, apakah fungsi menarik yang turut disertakan pada OPPO Siri F kali ini.

1. Kualiti Gambar Yang Menakjubkan Dengan Ciri Ultra Night Mode

Apa yang menarik mengenai fungsi Ultra Night Mode ini, adalah pengguna dapat merasai pengalaman penggambaran malam yang mengagumkan.  Menerusi hasil gambar yang dirakam, kualiti gambar yang dihasilkan adalah sangat memuaskan. Rakaman gambar Ultra Night Mode ini dirakam dengan menggunakan teknik tangkapan slow shutter 4 saat yang distabilkan melalui teknologi AI.

Telefon pintar ini hadir dengan kamera utama 48-megapixel bersama 5-megapixel dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) terbina padanya. Kali ini, Oppo hadir dengan binaan AI Ultra-Clear Engines pada peranti yang mana ia mengandungi elemen-elemen seperti AI Engines, Ultra-Clear Engines dan Color Engines. Melalui fungsi fungsi ini, OPPO F11 Pro mampu mengenalpasti suasana yang berbeza selain mengoptimasikan tetapan sensor.

Dengan kehadiran teknologi AI ini, ia membolehkan kamera peranti merakam setiap butiran gambar kelihatan jelas dan jitu walaupun anda berada dalam keadaan cahaya yang rendah. Fungsi ini hanya memerlukan pengguna untuk memegang peranti selama 4 saat sahaja untuk menghasilkan gambar yang cantik dan memuaskan.

2. Carian Produk Melalui Aplikasi Google Lens

Selain membawakan keupayaan merakam gambar dengan baik, OPPO F11 Pro turut menawarkan aplikasi Google Lens yang terbina pada aplikasi kamera telefon pintar ini. Menerusi Google Lens, pengguna boleh mengesan dan mendapatkan maklumat melalui carian gambar pada enjin carian di web.

Fungsi Google Lens hadir dengan teknologi AI aras tinggi yang terbina pada peranti. Menerusinya, anda boleh mengetahui maklumat mengenai mercu tanda di sesebuah tempat atau karya seni terkenal di beberapa bandar diseluruh dunia.

Untuk melakukan carian, pengguna hanya perlu menghalakan kamera kepada produk tertentu. Fungsi ini boleh diakses terus menerusi aplikasi kamera peranti atau Google Photos. Antara carian gambar yang boleh dikenalpasti adalah termasuk salinan teks, tumbuhan dan haiwan serta kod bar pada produk.

3. Aplikasi Smart Driving Dengan Dua Pilihan Mod Pemanduan

Antara fungsi menarik lain yang dapat dilihat pada telefon pintar OPPO F11 Pro ini termasuklah penggunaan aplikasi Smart Driving pada peranti yang membantu pengguna sewaktu pemanduan. Apa yang menarik mengenai fungsi Smart Driving ini adalah ia hadir dengan dua pilihan mod pemanduan iaitu Driving mode dan Riding mode.

Apabila salah satu mod ini diaktifkan, ia akan menghalang notifikasi dan panggilan sewaktu pemanduan. Hal ini adalah bagi memastikan kelancaran sewaktu pemanduan selain membantu mengurus perjalanan anda dengan baik.

Untuk Driving mode, ia turut  dapat mengaktifkan isyarat bluetooth  secara automatik serta menghubungkan telefon pintar terus kepada kenderaan anda. Dengan penggunaan teknologi ini, anda tidak perlu risau lagi apabila menerima panggilan, membaca emel atau melayari sosial media di mana-mana jua kawasan tanpa sebarang masalah.

4. Kelancaran Prestasi Permua Dengan Game Space

Bagi anda yang meminati permainan mudah alih, OPPO F11 Pro hadir dengan fungsi Game Space. Fungsi ini ditawarkan kepada anda yang tidak ingin prestasi anda ketika bermain permua diganggu. Fungsi Game Space ini turut hadir dengan kebolehan untuk memberi kelancaran grafik serta kebolehan untuk menghalang notifikasi daripada mengganggu ketika sesi permainan berlangsung.

Selain itu, jika anda menginginkan bilangan aplikasi yang minimal pada paparan skrin utama peranti, anda juga boleh menyorokkan aplikasi permua anda menerusi Game Space.  Sebelum ini, fungsi ini turut ditawarkan pada telefon pintar OPPO yang lain yang menggunakan ColorOS 5.2 seperti OPPO F9 dan Oppo R17.

5. Klon Aplikasi Untuk Aplikasi Sosial Media

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat klon aplikasi Facebook dan Instagram dengan menggunakan fungsi Clone Apps. Aplikasi ini amat sesuai untuk pengguna yang mempunyai akaun perniagaan untuk rangkaian sosial media yang mana dengan menggunakan aplikasi ini ia tidak akan mengganggu akaun peribadi pengguna. Menerusi fungsi ini, anda boleh menggunakannya untuk mengasingkan ruang kerja dan ruang peribadi anda.

Sebelum ini, OPPO F9 turut hadir dengan fungsi klon aplikasi ini. Fungsi ini membenarkan anda untuk membuat klon aplikasi bagi akaun sosial media anda dengan kebolehan log masuk akaun dan memasang aplikasi yang berlainan. Tambahan pula, jika anda mendaftar masuk akaun pada klon aplikasi, ia tidak akan menjejaskan mana-mana akaun sosial media anda pada aplikasi asal. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan keberkesanan klon aplikasi ini pada peranti OPPO F11 Pro anda.


Kesimpulan

Jadi, telefon pintar bagi OPPO siri F kali ini hadir dengan beberapa inovasi telah ditambahbaik fungsi dan spesifikasi yang terbina pada sistem operasi ColorOS 6. Peranti ini hadir dengan spesifikasi baik yang mengikuti asas pada kebanyakan peranti daripada kelas pertengahan yang lain.

Telefon pintar ini juga membawakan pengalaman penggunaan peranti yang cemerlang untuk kegunaan harian. Ia menawarkan prestasi yang pantas melalui cip Helio P70, memori 6GB RAM serta saiz storan sebesar 64GB. Selain itu, OPPO F11 Pro juga hadir beberapa fungsi menarik seperti keupayaan dwi-kamera yang baik untuk penggambaran malam, aplikasi Smart Driving dan Game Space serta Google Lens.

Bersempena dengan tayangan filem Marvel yang bakal hadir di pawagam Malaysia tidak lama lagi, OPPO turut hadir dengan siri OPPO F11 Pro edisi istimewa, iaitu OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition. Untuk edisi khas ini, telefon pintar ini hadir dengan rekaan panel belakang berwarna biru dengan corak heksagon. Logo Avengers berwarna merah juga disertakan bersama  imej latar belakang logo Avengers. Telefon pintar ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 24 April ini serentak dengan tayangan perdana End Game.

Bagi anda yang menginginkan telefon pintar dengan spesifikasi kamera dan prestasi peranti yang lancar, OPPO F11 Pro merupakan salah satu pilihan telefon pintar yang amat sesuai untuk semua pengguna. Jika berminat, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1399 melalui para pengedar rasmi OPPO seluruh negara. Anda juga boleh layari laman rasmi OPPO Malaysia untuk sebarang informasi lanjut berkenaan OPPO F11 Pro.

Beli : OPPO F11 Pro Melalui Laman Rasmi OPPO Malaysia

Penafian: Advertorial Dari OPPO


TIPS & ULASAN