Cari @ Amanz

Ingat Lagi Dengan Galaxy Note FE? Kemaskini One UI Mula Diedarkan

Link Copied!

Samsung Galaxy Note FE adalah Samsung Galaxy Note 7 yang dihasilkan semula. Galaxy Note 7 dihentikan jualan atas masalah bateri yang menyebabkan peranti meletup. Disebabkan peranti Samsung ini ada peminatnya, Samsung hadir dengan Note FE (Fan Edition) – iaitu versi Note 7 yang dikemaskini.

Galaxy Note FE hadir dengan Android 7.1 Nougat pada pelancaran dan Samsung telah menjanjikan yang peranti ini turut akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie One UI. Hari ini, Galaxy Note FE (SM-N935), model buat negara Arab, Filipina dan Vietnam mula menerima kemaskini One UI.

Kemaskini ini bersaiz 1588.38MB iaitu sekitar 1.5GB hadir melalui OTA, bersama-sama dengan tampalan sekuriti bulan Mac 2019. Kemaskini ini akan diedarkan di negara-negara lain dalam masa terdekat ini. Tetapi ingat, kebiasaannya sebuah peranti Android hanya akan menerima kemaskini sistem operasi selama dua tahun atau dua generasi, ada kemungkinan One UI Android Pie adalah kemaskini terakhir buat peranti ini.


Komen ()