Pelancaran Huawei P30 Di Malaysia Bakal Berlangsung Pada 2 April

Pelancaran Huawei P30 Di Malaysia Bakal Berlangsung Pada 2 April

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Huawei hari ini telah pun melancarkan siri telefon pintar Huawei P30 secara rasminya. Berkongsi lanjut mengenainya, wakil Huawei Malaysia mengatakan kepada kami yang mana siri Huawei P30 dijadualkan untuk pelancaran tempatan pada 2 April 2019 kelak.

Huawei P30

Lanjutan daripada pelancaran tempatan, ia akan mula dijual kepada umum pada 6 April 2019 – sekaligus menjadikan Malaysia antara negara terawal yang menerima peranti ini.

Huawei P30 hadir dengan skrin 6.1-inci OLED, cip Kirin 980 2.6Ghz, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia hadir dengan tri-kamera gabungan 40MP + 16MP + 8MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Menjananya pula adalah bateri berkapasiti 3650mAh. Huawei P30 menyertakan sokongan kalis air IP53, membolehkan ia menyertakan sokongan bicu-audio 3.5mm.

Untuk Huawei P30 Pro pula, ia hadir dengan skrin 6.47-inci OLED, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang 40MP + 20MP + 8MP serta menyertakan lensa TOF, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4200mAh. Huawei P30 Pro hadir dengan sokongan kalis air IP68. Menjadi fokus untuk Huawei P30 Pro juga adalah sokongan zum sehingga 50x yang ditawarkan olehnya.

Kedua-dua model Huawei P30 dan Huawei P30 Pro dijangka akan memasuki pasaran tempatan. Walaubagaimanapun, harga jualan untuknya masih belum dikongsikan, dan bakal diumumkan pada 2 April 2019 kelak.


TIPS & ULASAN