Cari @ Amanz

Huawei P30 Mengintegrasikan Akses Pantas Ke Google Assistant Pada Butang Kuasa

Oleh Aman

Link Copied!

Pada awal tahun ini, Google telah menyatakan sejumlah pengeluar akan mengintegrasikan sokongan butang fizikal Google Assistant pada telefon pintar mereka. Terkini, melalui Huawei P30 dan P30 Pro, pihak Huawei turut tidak ketinggalan dan mengintegrasikannya pada peranti mereka.

Huawei Google Assistant

Melalui Huawei P30 dan Huawei P30 Pro, pihak Huawei tidak menambah butang fizikal tambahan, sebaliknya ia diintegrasikan terus pada butang kuasa.

Pengguna hanya perlu tekan butang kuasa untuk satu saat, dan ia akan mengaktifkan pembantu maya digital yang ditetapkan – sebagai contoh, Google Assistant.

Kaedah implementasi ini agak menarik berbanding keperluan menambah butang fizikal tambahan seperti beberapa pengeluar lain.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan kaedah implementasi Huawei ini?


Komen ()