Xiaomi Mi 9 Bakal Ditawarkan Pada Harga RM1999 Di Malaysia – Snapdragon 855 Dan 6GB RAM

Xiaomi Mi 9 Bakal Ditawarkan Pada Harga RM1999 Di Malaysia – Snapdragon 855 Dan 6GB RAM

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

Xiaomi Mi 9 merupakan telefon pintar mercu daripada Xiaomi untuk tahun 2019 ini. Pihak DirectD, salah satu penjual rasmi produk Xiaomi di Malaysia sebelum ini telah memperkatakan Xiaomi Mi 9 akan memasuki pasaran tempatan pada April 2019. Kini, lanjutan daripadanya, mereka turut mengumumkan harga jualan untuk Mi 9.

Daripada apa yang diperlihatkan, Xiaomi Mi 9 akan ditawarkan pada harga RM1999. Model yang ditawarkan adalah 6GB RAM dan storan 128GB.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 9 hadir dengan skrin 6.39-inci, cip Snapdragon 855, tri-kamera belakang 48MP + 16MP + 12MP, kamera swafoto 20-megapixel, dan bateri 3300mAh.

Buat masa ini, tarikh jualannya masih belum diumumkan lagi. Jadi, apa kata anda untuk penawaran Mi 9 pada harga RM1999?


TIPS & ULASAN