Google Membawa Format AMP Ke Gmail – Format Emel Yang Lebih Menarik, Pantas, Dan Interaktif

Google Membawa Format AMP Ke Gmail – Format Emel Yang Lebih Menarik, Pantas, Dan Interaktif

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

Format AMP pada sebelum ini telah diperkenalkan untuk web dalam membolehkan kandungan dioptimasikan untuk penggunaan peranti mudah-alih. Paparan web AMP lebih mesra kepada skrin telefon pintar, selain membolehkan interaksi lebih menarik dihasilkan melalui sentuhan pada paparan peranti. Pada hari ini, Google telah membawa format AMP ke Gmail dalam menjadikan kandungan emel dipaparkan dengan lebih menarik.

Format AMP atau dikenali sebagai Accelerated Mobile Pages ini telah mula diuji pada Gmail sejak Febuari tahun lalu. Ia memperlihatkan kandungan emel menjadi lebih ringkas, melalui pengurangan skrip dan kod yang tidak penting. Ia sekaligus memudahkan pengguna membaca kandungan emel, selain memberi penjimatan data yang lebih baik.



Dengan perlaksanaan AMP pada Gmail, pengguna dan pembangun boleh menghasilkan emel yang interaktif dalam memberi interaksi yang lebih menarik. Ia mampu menarik minat pengguna untuk membaca kandungan emel tersebut, selain menggalakkan pengguna untuk berinteraksi dengan maklumat yang dipaparkan. Kandungan emel juga dapat dihasilkan dengan lebih kemas dan boleh diakses dengan lebih pantas berbanding paparan HTML konvensional.

Format AMP ini telah mula ditawarkan pada Gmail untuk web dan bakal diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih tidak lama lagi. Sokongan ini juga bakal menyokong Outlook.com dan Yahoo Mail dalam membolehkan kandungan AMP dibaca pada platform emel berbeza. Dengan perkenalan AMP untuk emel, kandungan emel selepas ini akan menjadi lebih menarik, interaktif, dan boleh diakses secara pantas tidak kira apa jua peranti yang digunakan.


TIPS & ULASAN