Cari @ Amanz

Kolaborasi TM Bersama JKR – Bentuk Perkongsian Strategik Peranti Berhubung Pada Industri

Oleh Liyana

Link Copied!

Baru-baru ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) – TM One bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bekerjasama menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian strategik penggunaan teknologi peranti berhubung. Kata sepakat ini adalah bertujuan untuk membentuk komuniti penyelesaian digital kepada perkhidmatan industri negara, melibatkan pihak kerajaan Malaysia berserta agensi yang lain.

Menerusi perkongsian ini, secara terus ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri pembinaan negara. Di mana JKR selaku perintis dapat menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih cekap. sistem trafik pintar dan bangunan pintar pada infrastruktur negara. Melalui usahasama ini juga ia membolehkan ekonomi digital negara untuk terus berkembang maju.

Antara inisiatif kerjasama yang akan dilaksanakan menerusi perkongsian teknologi peranti berhubung ini adalah memulakan Revolusi Perindustrian 4.0 pada sistem pengurusan trafik dan pengangkutan pintar, melaksanakan penyelidikan pada bidang kecerdasan buatan, mengoptimumkan pengurusan bencana ,pemetaan utiliti dan lain-lain.

Pelaksanaan ini sekali gus menunjukkan komited TM One dalam menjadi pemangkin kepada strategik ekosistem perhubungan dalam memanfaatkan penggunaan teknologi berhubung pada industri negara. Seterusnya, kerjasama ini dapat meningkatkan nilai dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.


Komen ()