Menonton filem di pawagam boleh dikatakan sebuah aktiviti yang pasif kerana secara biasanya, para penonton didalam pawagam hanya akan menonton screen secara senyap, dan kebanyakan daripada teknologi yang dikemaskini adalah teknologi paparan sahaja.
Sejak tahun 2018, pihak Golden Screen Cinemas telah mula memperkenalkan pawagam GSC 4DX, iaitu sebuah kerjasama dengan syarikat teknologi pawagam dari Korea Selatan yang bernama CJ 4DX.
Pawagam 4DX ini bukan sahaja menjanjikan paparan pawagam yang berkualiti tinggi, tetapi juga pengalaman menonton filem yang segar. Teknologi 4DX bukan sahaja hadir dengan dengan kerusi yang boleh bergetar dan bergerak mengikut adegan, tetapi juga hadir dengan tiupan angin, semburan air, sistem pencahayaan dan juga efek bunyi dan bau.
Pada tahun lepas, mereka telahpun memperkenalkan teknologi ini di pawagam GSC di Paradigm Mall Johor Bahru dan juga pusat membeli belah 1 Utama. Hari ini, pawagam 4DX ketiga dibuka di pawagam mereka di IOI City Mall, Putrajaya merupakan pawagam 4DX ketiga oleh GSC, dan mereka berkata bahawa lebih banyak lagi pawagam-pawagam ini akan dibuka di seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, pihak Golden Screen Cinemas turut mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk paparan skrin ScreenX, iaitu teknologi paparan pawagam yang melanjutkan pengalaman menonton kepada dinding-dinding di sisi penonton.