Cari @ Amanz

Mi Notebook Air 12.5 2019 Dilancarkan – Kini Dengan Cip Pemproses Intel Generasi Kelapan Dan Lebih Ringan

Link Copied!

Mi Notebook Air adalah ‘klon’ Macbook Air daripada Xiaomi. Model pertama diperkenalkan pada tahun 2016 dan ia kali terakhir dikemaskini adalah pada tahun 2017. Kini, untuk tahun 2019 Xiaomi akhirnya mengemaskini Mi Notebook Air 12.5 inci mereka dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Daripada nama produk, kita sudah tahu yang komputer riba ini mempunyai skrin 12.5-inci FHD degan rekaan bingkai nipis. Untuk cip pemproses ia hadir dengan piliha Intel M3 atau i5 generasi kelapan. Untuk memori pula, ia hadir dengan RAM 4GB dan pilihan storan dari 128GB sehingga 256GB.

Berat Mi Notebook Air 12.5 2019 ini adalah 1.07KG, dengan ketebalan hanya 12.9mm, bahan binaan logam dan rekaan yang tampak premium dan profesional. Untuk pembesar suara ia hadir dengan sistem Harman dan sokongan DTS. Ia turut mempunyai jangka hayat bateri yang panjang dengan sokongan pengecasan pantas 50% dalam masa 35 minit.

Harga jualan Mi Notebook Air 12.5 2019 adalah RMB3,599 (~RM2183) untuk Intel M3/128GB, RMB3,999 (~RM2425) untuk Intel M3/256GB dan RMB4,299 (~RM2607) untuk Intel i5/256GB.


Komen ()